Friday, November 6, 2009

Hari Terbuka SMK Belitong..


Pada 31/10/2009 yang lalu, Kebiru telah menganjurkan Hari Keluarga SMKB. Program ini telah diadakan di Fishing Bay Resort, Teluk Buih Mersing. Seramai 27 keluarga serta Pengetua SMKB telah menyertai program ini. Program bermula pada 9.00 pagi dan bersarapan di tepi pantai. Terima Kasih kepada yang menyumbang sarapan untuk pagi itu (Pn. Jamilah, En. Sudarma, En. Kifli dan lain - lain). Aktiviti diteruskan dengan acara sukaneka sehingga pukul 1.00 petang dan terus makan tengahari dan BBQ. Kemudian acara cabutan bertuah, penyampaian hadiah dan cenderahati diteruskan sehingga ke pukul 3 petang. Apa yang menarik disini kesemua 27 keluarga yang hadir mendapat cabutan bertuah tersebut tetapi yang membezakannya adalah kebesaran hadiah itu.

Diharap program seperti ini dapat dibuat secara tahunan dan disertai oleh kesemua warga SMKB.

Fun in the Sun... Konvoi..
 
Bersarapan di tepi pantai...

Pembahagian kumpulan

Pengetua dan yang lain menjadi penonton

Warming up sebelum 'perlawanan' bermula.

Muka ketua pasukan perlu diconteng... macam lambang adidas je cikgu kifli...

Acara berjalan atau melompat dalam guni...
 
Acara berjalan menggunakan terompah kanak2.. tapi kenape belakang tu mcm org besar je..


 
Acara tarik tali



Makan Tengahari dan BBQ


Penyampaian hadiah, cenderamata dan cabutan bertuah

Bergambar beramai-ramai sebelum bersurai.

p/s : Kepada sesiapa yang ingin dapatkan gambar penuh untuk Hari keluarga ini, sila berjumpa cik Rabiatul di Makmal Komputer.

Thursday, September 10, 2009


Selamat Menyambut Hari Raya

Thursday, September 3, 2009

SOLAT HAJAT UNTUK PELAJAR PMR DAN SPM

Sekolah akan mengadakan solat hajat kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM pada 17 September 2009 ini.

Monday, August 31, 2009

Sunday, August 23, 2009

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua warga SMK LKTP BELITONG. Diharap pada bulan Ramadhan kali ini, lebih banyak ibadah yang boleh dilakukan. Banyak kelebihan yang boleh didapati pada bulan yang mulia ini.
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan.”
Riwayat Bukhari & Muslim

HuraianPengajaran Hadis:
  • Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ‘ra-mim-dal’, yang bererti “panas” atau “panas yang menyengat”. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud “menjadi panas atau sangat panas”, atau diertikan juga sebagai “hampir membakar”. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tenggorok terasa haus disebabkan sedang berpuasa.
  • Manakala perkataan puasa dalam bahasa Arab disebut ‘Siyam’ atau ‘Soum’ Kedua-duanya berasal dari kata dasar ‘Sa-wa-ma’, di mana secara etmologinya bererti menahan diri daripada segala yang dilarangnya serta mengikuti apa yang diperintahkan-Nya. Hal ini dapat diwujudkan dengan adanya perasaan takut (taqwa) kepada Allah S.W.T.
  • Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala syaitan dan iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka. Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawikh dan membaca Al Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut.
  • Selain itu Allah S.W.T juga memberikan dorongan untuk kita berusaha memperbanyakkan ibadah dengan melipatgandakan pahala pengamalnya serta disediakan satu malam yang lebih baik iaitu ‘Lailatul Qadar’ di mana kelebihannya menandingi 1000 bulan malam-malam biasa.

BLOG UNTUK SMK LKTP BELITONG

Blog ini adalah bertujuan untuk memaparkan aktiviti, makluman yang akan dilakukan oleh pihak sekolah. Juga sebagai laman web sementara untuk sekolah ini sebelum laman web rasmi siap.