Pada 31/10/2009 yang lalu, Kebiru telah menganjurkan Hari Keluarga SMKB. Program ini telah diadakan di Fishing Bay Resort, Teluk Buih Mersing. Seramai 27 keluarga serta Pengetua SMKB telah menyertai program ini. Program bermula pada 9.00 pagi dan bersarapan di tepi pantai. Terima Kasih kepada yang menyumbang sarapan untuk pagi itu (Pn. Jamilah, En. Sudarma, En. Kifli dan lain - lain). Aktiviti diteruskan dengan acara sukaneka sehingga pukul 1.00 petang dan terus makan tengahari dan BBQ. Kemudian acara cabutan bertuah, penyampaian hadiah dan cenderahati diteruskan sehingga ke pukul 3 petang. Apa yang menarik disini kesemua 27 keluarga yang hadir mendapat cabutan bertuah tersebut tetapi yang membezakannya adalah kebesaran hadiah itu.
Diharap program seperti ini dapat dibuat secara tahunan dan disertai oleh kesemua warga SMKB.
Fun in the Sun... Konvoi..
Bersarapan di tepi pantai...
Pembahagian kumpulan
Pengetua dan yang lain menjadi penonton
Warming up sebelum 'perlawanan' bermula.
Muka ketua pasukan perlu diconteng... macam lambang adidas je cikgu kifli...
Acara berjalan atau melompat dalam guni...
Acara berjalan menggunakan terompah kanak2.. tapi kenape belakang tu mcm org besar je..
Acara tarik tali
Makan Tengahari dan BBQ
Penyampaian hadiah, cenderamata dan cabutan bertuah
Bergambar beramai-ramai sebelum bersurai.p/s : Kepada sesiapa yang ingin dapatkan gambar penuh untuk Hari keluarga ini, sila berjumpa cik Rabiatul di Makmal Komputer.
No comments:
Post a Comment