Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP Belitong menjadi sekolah cemerlang di luar bandar menjelang tahun 2010
MISI
Ke arah merealisasikan wawasan sekolah, kami warga SMK LKTP Belitong akan :
- Sentiasa cemerlang dalam bidang kurikulum. - Sentiasa cemerlang dalam bidang kokurikulum. - Melahirkan pelajar yang memiliki sahsiah terpuji. - Mewujudkan suasana kondusif di dalam bilik darjah dan persekitaran sekolah. - Mempraktikkan pengurusan kewangan yang cekap. - Menjalinkan persefahaman yang erat di kalangan warga sekolah dan masyarakat.
FALSAFAH
Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP Belitong adalah satu proses yang berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dengan asas kepercayaan bahawa setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh dikembangkan dan berhak untuk mendapat pendidikan yang sempurna. Setiap guru berkewajipan untuk berusaha memberikan pendidikan yang bermutu. Keupayaan dan segala sumber yang ada akan digunakan dengan sepenuhnya dalam satu pengurusan yang berkesan serta berteraskan semangat bekerjasama.
No comments:
Post a Comment